skip to main | skip to sidebar

What A Tale My Thoughts Could Tell

Saturday, 1 May 2010

4 Tanda Isteri Anda Berlaku Curang

Apa yang bakal anda baca pada artikel ini adalah cuma pendapat saya semata - mata yang mana sering berlaku di persekitaran kita. Diharap anda semua dapat input yang positif daripadanya dan ianya hanyalah sekadar coretan untuk mengisi masa 'lapang' dan percubaan untuk membuat artikel yang terbaik dan berguna untuk pembaca semua. Silakan menikmatinya.

Adakah anda mengesyaki isteri anda berselingkuh atau curang ? Jika ya, anda pasti tidak bersendirian menghadapinya. Bacalah artikel ini untuk dijadikan sedikit panduan untuk diri anda sebagai seorang suami. Perselingkuhan ataupun kecurangan sebenarnya cukup umum pada masa sekarang. Anda boleh melihatnya di televisyen dan hampir semua orang telah mengenal seseorang yang pernah dikhianati, mungkin antaranya ahli keluarga anda sendiri ataupun teman - teman anda dalam satu atau berbagai cara perselingkuhan ataupun kecurangan yang lain.

Jika anda pernah terfikir bahawa isteri anda berlaku curang, ada beberapa perkara atau tanda yang perlu anda perhatikan. Berikut ini adalah empat tanda yang cukup baik untuk mengesahkan kecurigaan anda mengenai kecurangan yang mungkin isteri anda lakukan.


1 – Perubahan Dari Segi Penampilan

Jika isteri anda mula menampakkan perubahan pada penampilannya, itu boleh menjadi tanda bahawa dia curang pada anda. Mungkin perkara yang anda perlu perhatikan ini adalah kecil akan tetapi perubahan yang jelas adalah pada penampilan.

Beberapa contoh perubahan dari segi penampilan adalah seperti berikut :

* Jika pada kebiasaanya dia menggunakan kaca mata tetapi tiba-tiba memilih untuk menggunakan kanta lekap ( contact lens )

* Adakah baru-baru ini isteri anda mulai menunjukkan lebih banyak warna kulit badan atau melihatkan bentuk badan? - menggunakan material kain jarang .

* Cara berpakaian yang provokatif misalnya adalah tanda paling asas (basic) seseorang isteri itu berlaku curang atau pun perselingkuhan terjadi, terutamanya jika isteri anda biasanya memakai gaun konservatif atau baju kurung labuh beralih kepada pakaian yang seksi dan sendat.

* Menggunakan jenis perfume yang lain atau selalu menggunakannya, ini berkemungkinan adalah tanda dia curang. Hal ini dilakukan adalah untuk menarik perhatian orang baru ( lelaki asing ) atau untuk menutup bau orang lain (lelaki) tersebut.


2 – Perubahan Dalam Hubungan Kasih Sayang

Perubahan dalam jumlah kasih sayang yang isteri anda berikan kepada anda boleh dilihat sebagai tanda dia berselingkuh. Misalnya, adakah anda memiliki kehidupan cinta yang penuh kegembiraan dan keceriaan di masa lalu? Apakah hubungan anda dipenuhi dengan keseronokan, ‘adventure’, dan seks yang hebat? Jika demikian, adakah ianya telah berubah? Jika isteri anda tidak lagi memberikan pujian, kata - kata manis atau teguran kepada anda seperti yang biasanya dia lakukan sebelum ini atau melakukan sesuatu yang mudah seperti mengelak diri ketika anda ingin memberikan ciuman padanya, jadi perselingkuhan mungkin berlaku. Banyak wanita yang curang cuba untuk mengelakkan berdekatan dengan suami mereka kerana takut perbuatan mereka diketahui atau kerana rasa bersalah yang ada dalam diri mereka.

3 - Berahsia

Seorang isteri yang berubah sikap menjadi seorang perahsia dapat menunjukkan dia mempunyai hubungan di luar nikah atau skandal. Misalnya, adakah isteri anda terlalu banyak menghabiskan waktu bermain dengan telefon atau internet. Jika demikian, apakah respon isteri anda apabila anda bertanya apa yang dia lakukan? Jika dia menjawap ‘tiada apa – apa’ atau ‘ianya bukan urusan anda’ maka sesuatu mungkin berlaku.

Apakah isteri anda secara automatik menutup panggilan atau jawapan telefon setiap kali anda masuk ke bilik? Apakah ia mematikan komputer atau berusaha menghalang pandangan anda itu? Jika demikian, kerahsiaan isteri anda mungkin bermakna bahawa ia berusaha untuk menutupi hubungan sulitnya.

4 – Pembayaran bil – bil telefon dan kad kredit.

Salah satu cara mudah untuk mengetahui isteri yang curang adalah dia mula membayar bil - bil telefon atau pun kad kredit yang jika pada kebiasaannya adalah tanggungjawab anda untuk membuat segala pembayaran bil telefon bimbit maupun kad - kad kredit.. Jika ini terjadi, anda perlu bersiap sedia untuk menjadi seorang suami yang aktif; iaitu dengan melakukan beberapa perkara dan memang tidak salah anda melakukannya.

* Semak dan periksa bil telefon isteri anda. Adakah ianya menunjukkan nombor telefon atau mesej teks dan gambar yang diterima daripada siapa?
* Juga, meneliti bil kad kredit. Apakah ada perbelanjaan yang disenaraikan untuk bilik hotel, percutian, restoran, atau apapun yang anda tidak tahu mengenainya? Jika begitu, isteri anda mungkin curang pada anda.


Tanda-tanda yang disebutkan di atas hanyalah beberapa tanda sahaja dari sekian banyak yang anda ingin cari pada seorang isteri yang berlaku curang atau selingkuh. Jika anda berfikir bahawa isteri anda berlaku curang pada anda, jangan lupa untuk sentiasa membiarkan mata dan telinga anda terbuka; kerana nasib tidak baik bagi para isteri yang berlaku curang, mereka sering membuat kesalahan. Banyak wanita menjadi begitu tenang dan selamat akan tetapi mereka akan tetap tertangkap pada satu masa atau yang lain, ibarat kata pepatah, sepandai - pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.


Jika anda tahu tanda - tanda apa yang harus dicari pada isteri anda, mungkin anda akan dapat menangkap kecurangan isteri anda.

Jika anda mengetahui bahawa isteri anda melakukan kecurangan pada anda, anda perlu berhati-hati untuk berbincang mengenai subjek 'curang' tersebut dengannya. Jangan pernah anda menghadapi isteri anda dengan isu tersebut di depan anak-anak anda. Tidak peduli betapa marahnya anda, jangan sesekali melakukan kekerasan terhadapnya seperti menamparnya apalagi menaikkan suara, anda kawal diri anda dan cuba untuk menjaga suara anda pada tahap yang wajar. Menghadapi situasi 'kecurangan' hendaklah dengan keadaan yang tenang dan ini lebih baik kerana ianya dapat mengizinkan anda dan isteri anda untuk membuat perbincangan yang jujur dan ikhlas; di mana anda boleh memutuskan apa yang akan terjadi pada anda dan hubungan anda seterusnya.


Sebagai kesimpulannya, tanda - tanda tersebut di atas bukanlah cuma ada pada para isteri yang melakukan kecurangan sahaja, para suami juga menampakkan tanda - tanda yang sama dan mungkin berbeza. Insya Allah, saya akan mengupas mengenainya pada masa akan datang.

Posted by ewriter at 02:02 0 comments
Labels: curang
Newer Posts » Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Labels

  • curang (1)

Blog Archive

  • ▼  2010 (1)
    • ▼  May (1)
      • 4 Tanda Isteri Anda Berlaku Curang

Followers

Mari Kongsi Di Sini


ShoutMix chat widget

Anda Dari Mana?

 
Copyright © What A Tale My Thoughts Could Tell. All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block
Wordpress theme by Uno Design Studio